Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Iruwan ungguli Kejohanan Tenis Tertutup Sandakan
Published on: Tuesday, August 16, 2022
Published on: Tue, Aug 16, 2022
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Iruwan ungguli Kejohanan Tenis Tertutup Sandakan
CHRISTOPHER (berbaju Adidas hitam) bersama pegawai dan para pemenang selepas majlis penutupan.
Kota Kinabalu: Iruwan Bin Amboragang merangkul gelaran perseorangan dan beregu lelaki pada Kejohanan Tenis Tertutup Sandakan yang diadakan di gelanggang tenis Persatuan Tenis Daerah Sandakan (SDTA) pada hujung minggu lalu.

Dalam acara perseorangan, dia menewaskan Silvester Iawai di final untuk memenangi hadiah utama RM150 dan naib juara menerima RM100, sementara Mohd Ashamie Hafizi Suhaili dan Rishigeswaran A/L Uigneswaran yang tewas di semi final menerima RM50 setiap seorang.

Advertisement
Iruwan kemudian bergandingan dengan Silvester untuk memenangi gelaran beregu dengan menewaskan Rishigeswaran dan Mohd Ashamie Hafizi di final. Mereka membawa pulang hadiah tunai RM300 dan finalis yang tewas menerima RM200.

Terdahulu, juara itu menewaskan Christopher Lim dan Mohd Rohzan Md Daud di separuh akhir, sementara Rishigeswaran dan Mohd Ashamie mengalahkan Baharudin Ladoding dan Mohd Hafizul Ibrahim Apani untuk menempah tempat di final.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sebanyak 19 pemain mengambil bahagian dalam pertandingan itu yang dianjurkan oleh SDTA dan ditaja oleh naib presidennya Christopher Lim yang turut menyampaikan hadiah kepada pemenang perseorangan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here