Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


72 penyewa hilang tempat tinggal dalam kebakaran di Kapayan
Published on: Wednesday, August 17, 2022
By: Jimmy Goh
Text Size:

72 penyewa hilang tempat tinggal dalam kebakaran di Kapayan
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran itu.
Kota Kinabalu: Kira-kira 72 penyewa kehilangan tempat tinggal apabila unit-unit yang mereka sewa di Kampung Ganang, Jalan Ganang, Kapayan, di sini, terbakar pada Selasa.

Pemilik rumah yang hanya dikenali sebagai Ng berkata, premis dua tingkat itu mempunyai 12 unit di tingkat atas dan 12 lagi di tingkat bawah.

Beliau berkata setiap unit disewakan pada harga RM400 sebulan.

“Saya bergegas ke sini untuk memastikan semua orang selamat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Difahamkan, kebakaran pada pukul 5.15 petang itu bermula di salah sebuah unit di tingkat atas bangunan berkenaan.

Seorang penyewa yang hanya dikenali sebagai Hajimar, 22, berkata, dia dalam perjalanan pulang ke rumah apabila menyedari premis itu terbakar.

“Saya bergegas masuk untuk menyelamatkan dua anak dan isteri,” kata buruh yang menyewa sebuah unit di tingkat atas sejak tujuh bulan lalu.

Anggota bomba dari Sembulan, diketuai Pegawai Operasi Hanis, dikerahkan ke tempat kejadian untuk membantu, termasuk tiga lori tangki air dan Pasukan Tindak Balas Perubatan Kecemasan bomba dan penyelamat.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here