PAPAR: Parti Solidariti Tanah Airku (Star) berkemungkinan akan memilih pendekatan “free-for-all” pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang jika senario politik di semenanjung menuju ke arah itu, kata Presidennya Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.Beliau berkata parti itu mempunyai banyak pilihan dan akan membuat keputusan apabila melibatkan pembahagian kerusi dengan sekutu dalam Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN).





