SANDAKAN: Sabah perlu mengawal selia pasaran karbonnya dan adalah amat tidak wajar bagi kita jika aset karbon Sabah mesti melalui urusan pihak ketiga dengan seseorang yang tiada kaitan dengan tempat ini (Sabah). “Kami mahu ia menjadi pasaran terkawal, oleh Sabah,” kata Datuk Sam Mannan.
Sam, satu-satunya orang yang menerajui perhutanan Sabah tiga kali – pertama sebagai Pengarah Perhutanan, kemudian sebagai Ketua Konservator Hutan dan kini sebagai Penasihat Teknikal (Perhutanan) kepada Ketua Menteri – juga menjelaskan bahawa Perjanjian Perkhidmatan yang ditandatangani antara Permian Malaysia Sdn Bhd dan Kerajaan Negeri dan Rakyat Berjaya Sdn Bhd pada 6 Ogos 2021 tiada kaitan dengan perjanjian karbon kontroversi yang kini diheret ke mahkamah.
Advertisement





