Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
‘Terus semai semangat patriotisme, nasionalisme’
Published on: Thursday, August 18, 2022
Published on: Thu, Aug 18, 2022
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
‘Terus semai semangat patriotisme, nasionalisme’
BERAHIM (tengah) melancarkan konvoi itu.
SANDAKAN: Rakyat perlu terus menyemai semangat patriotisme dan nasionalisme dalam diri mereka.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat Sungai Sibuga, Berahim Nasip berkata, ibarat kata pepatah, “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung,” ini juga masanya bagi semua orang menumpahkan rasa taat setia dan meluahkan kecintaan untuk tanah tumpahnya darah mereka.

Advertisement
“Sebagai warganegara di bumi bertuah ini, kita seharusnya bersyukur dan berbangga menjadi sebahagian daripada rakyat negara berdaulat yang mana kerana kemerdekaan juga kita dapat mengecapi kehidupan dalam suasana yang harmoni, aman dan sejahtera.

“Dengan nikmat kemerdekaan yang dikecapi, kita dapat hidup dengan lebih selesa, harmoni dan makmur serta bertolak ansur dalam kehidupan harian selari dengan tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun in.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Hidup dalam perpaduan antara kaum dan etnik juga merupakan nikmat yang amat berharga dan tidak ternilai harganya.

“Justeru, ia perlu terus dipupuk dan dipelihara dalam diri semua orang agar kemerdekaan Malaysia dapat dipertahankan sampai bila-bila,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan pelepasan Program Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 Peringkat Daerah Sandakan di perkarangan Pasaraya Mydin, di sini, pada Isnin. Berahim mewakili Adun Sungai Sibuga, Mohd Hamsan Awang Supain.

Berkenaan program itu, katanya, ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim, persefahaman, kemesraan dan kerjasama sesama kita sebagai sebuah Keluarga Malaysia yang majmuk. Beliau juga merakam penghargaan kepada pihak Jabatan Penerangan yang melaksanakan program itu bersama pihak yang sama-sama menyemarakkan lagi sambutan bulan kebangsaan pada saban tahun.
Advertisement
Selain Sandakan, program sama juga diadakan di Beluran, Telupid dan Kinabatangan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here