Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kereta api rempuh dua kenderaan
Published on: Friday, August 19, 2022
Published on: Fri, Aug 19, 2022
By: Jimmy Goh
Text Size:
Text:
Kereta api rempuh dua kenderaan
KEADAAN di lokasi kemalangan.
Kota Kinabalu: Toyota Vigo milik Jabatan Veterinar Sabah dan lori enam tan mengalami kerosakan selepas dirempuh kereta api di persimpangan lampu isyarat berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini, Khamis.Pemandu Vigo berusia 44 tahun dan pemandu lori berusia 38 tahun itu tidak mengalami cedera dalam kemalangan yang berlaku sekitar jam 3 petang itu.

Advertisement
Ketua Polis Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah, berkata kereta api itu bergerak dari arah Papar ke Kota Kinabalu, manakala dua kenderaan itu menuju ke lapangan terbang dari arah Luyang.

Lori yang turut terlibat dalam insiden itu.

Mohd Zaidi yang berada di tempat kejadian berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, penjaga pintu lintasan kereta api itu mendakwa pada awalnya mereka dimaklumkan melalui aplikasi WhatsApp bahawa kereta api itu tidak akan lalu petang itu kerana beberapa berdepan masalah.

Bagaimanapun, kereta api itu tiba-tiba muncul dan melanggar bahagian belakang lori sebelum melanggar pintu bahagian penumpang Vigo berkenaan.

Advertisement
Beberapa penumpang di dalam kereta api itu termasuk pemandu kereta api berusia 51 tahun itu tidak mengalami kecederaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here