Kota Kinabalu: Rakyat Malaysia perlu berhenti menutup sebelah mata apabila melibatkan amalan rasuah, kata Menteri Kewangan Negeri II Datuk Seri Masidi Manjun.Mereka mesti “jadi penyibuk’ dan mengambil tahu hal ehwal rakyat, lebih-lebih lagi apabila melibatkan aktiviti haram dan salah laku berkaitan amalan rasuah melibatkan wang kerajaan yang merupakan wang rakyat.
Beliau menggalakkan semua rakyat Malaysia membuang sikap enggan ambil peduli seperti itu dan melaporkan perbuatan serta amalan rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Advertisement





