Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


E-review dua petani didakwa ceroboh kawasan Taman-Taman Sabah 27 September
Published on: Friday, August 19, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:

E-review dua petani didakwa ceroboh kawasan Taman-Taman Sabah 27 September
Edwin didakwa memasuki kawasan hutan yang diwartakan sebagai kawasan TTS berhampiran Kg Lasau Mininsud, tanpa kebenaran bertulis daripada Lembaga Pengarah, atau Pengarah, atau mana-mana Pegawai TTS, antara jam 8 pagi dan 12.30 tengah hari pada Julai 2017.
Kota Kinabalu: Mahkamah Sesyen menetapkan 27 Sept dan 26 Okt ini untuk e-review bagi memantau perkembangan pemfailan penghujahan mengenai kes dua petani yang didakwa memasuki kawasan Taman-Taman Sabah (TTS) di Kota Belud tanpa permit.

Hakim Elsie Primus menetapkan tarikh-tarikh itu bagi Tingkun Penimbol, 52, dan Edwin Tumbai, 57, selepas pihak pembelaan menutup kesnya.

Dalam pembelaan Tingkun, kira-kira dua saksi telah memberi keterangan manakala bagi Edwin, lima saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Tingkun didakwa memasuki kawasan Taman Kinabalu berhampiran Kg Sayap, tanpa kebenaran bertulis daripada Lembaga Pengarah, atau Pengarah, atau mana-mana Pegawai TTS pada jam 11 pagi 27 Nov 2017.

Sementara itu, Edwin didakwa memasuki kawasan hutan yang diwartakan sebagai kawasan TTS berhampiran Kg Lasau Mininsud, tanpa kebenaran bertulis daripada Lembaga Pengarah, atau Pengarah, atau mana-mana Pegawai TTS, antara jam 8 pagi dan 12.30 tengah hari pada Julai 2017.

Kedua-dua mereka didakwa secara berasingan mengikut Seksyen 48(1)(p) Enakmen Taman 1984 (Pindaan 2007) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 48(1)(2) Enakmen sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, atau denda sehingga RM50,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tingkun dan Edwin diperintah untuk membela diri pada 22 April tahun ini selepas mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua mereka.

Pihak pendakwaan telah memanggil sembilan saksi semasa perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Mohammed Ali Imran bersama DPP Dacia Jane Romanus, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Ram Singh, Kimberly Ye dan Chen Wen Jye.

Mahkamah telah melanjutkan ikat jamin Tingkun dan Edwin.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here