Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri perlu merangka dasar mesra untuk menarik lebih ramai peserta Malaysia Rumah Kedua Ku (MM2H) ke Sabah untuk tinggal jangka panjang, kata Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Sabah (SEAC), Tan Sri David Chu.“Sabah mesti memperkenalkan syarat yang fleksibel dan menarik serta-merta untuk menarik lebih ramai pemohon untuk Program MM2H. Setakat ini, Semenanjung, Sarawak dan Sabah mempunyai syarat masing-masing untuk peserta MM2H.
“Tetapi Sabah perlu mengatasi semenanjung dan Sarawak dengan mempunyai syarat paling fleksibel untuk menarik ramai pemohon baharu untuk tinggal di Sabah. Dalam jangka masa panjang, peserta ini sudah tentu akan membantu menyumbang kepada pertumbuhan negeri,” katanya.
Advertisement





