Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kastam rampas minuman keras RM1.41j di Pelabuhan Sepanggar
Published on: Saturday, August 20, 2022
Published on: Sat, Aug 20, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kastam rampas minuman keras RM1.41j di Pelabuhan Sepanggar
Cheong (tengah) menunjukkan sebahagian minuman keras yang dirampas di Pelabuhan Sepanggar baru-baru ini.
Kota Kinabalu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menggagalkan cubaan menyeludup masuk empat kontena minuman keras bernilai lebih RM1.41 juta termasuk cukai di Pelabuhan Sepanggar di sini antara 11 hingga 17 Ogos lepas.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Cheong Yu Min berkata pada 9.45 pagi, 11 Ogos, pasukan penguatkuasaan cawangan operasi Kota Kinabalu menahan sebuah kontena dan menemukan kira-kira 18,235 liter minuman keras pelbagai jenama dianggar bernilai RM69,458 dan duti serta cukai dianggar bernilai RM284,139.

Advertisement
Beliau berkata pada 9.05 pagi, Selasa lepas pula, dua kontena turut dikesan dipercayai membawa minuman keras pelbagai jenama dianggar bernilai RM145,570 dan duti serta cukai dianggar bernilai RM594,410.

“Sehari selepas itu (17 Ogos), JKDM Sabah menahan sebuah lagi kontena dan menemukan 16,632 liter minuman keras pelbagai jenama dianggar bernilai RM63,035 dan duti serta cukai dianggar bernilai RM257,862.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata penyeludup cuba mengaburi pihak berkuasa dengan mengikrar minuman keras berkenaan sebagai barangan dagangan import lain dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 135 (a) Akta Kastam 1967.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here