SANDAKAN: Seorang warga emas wanita berusia 84 tahun, anak lelaki dan menantunya ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Taman Rajawali, di sini, kira-kira jam 10.30 malam Jumaat.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.35 malam menerusi talian balai, dan segera mengerahkan 18 anggota diketuai Ketua Operasi Hazmizan Maksit bersama tiga jentera, sebuah EMRS dan sebuah kenderaan utiliti ke lokasi sejauh 9km dari balai itu.





