Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki lindungi 15 pekerja PTI didenda RM75,000
Published on: Thursday, August 25, 2022
Published on: Thu, Aug 25, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki lindungi 15 pekerja PTI didenda RM75,000
Lee meminta hukuman ringan kerana dia telah mengaku bersalah kepada pertuduhan terhadapnya.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 44 tahun didenda sejumlah RM75,000 kerana membenarkan 15 pendatang tanpa izin (PTI) tinggal di premisnya.

Lee Jiun Ming mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz, kepada pertuduhan terhadapnya pada Rabu.

Advertisement
Dia didakwa membenarkan 11 warga Filipina dan empat warga Indonesia berusia antara 18 dan 38 tahun, yang tidak mempunyai sebarang dokumen, tinggal di premis milik Lee di Maple Karaoke Lounge di Pekan Koidupan, Penampang.

Kesalahan itu berlaku pada pukul 11.40 malam 8 Jun tahun ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Lee didakwa mengikut Seksyen 55E(2) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda antara RM5,000 dan RM30,000, atau kedua-duanya, bagi setiap pendatang tanpa izin terbabit.

Mahkamah memerintahkan Lee membayar denda RM5,000 atau penjara dua bulan bagi setiap pendatang tanpa izin tersebut.

Advertisement
Semasa rayuan, Lee meminta hukuman ringan kerana dia telah mengaku bersalah kepada pertuduhan terhadapnya.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Chin Tze Mee dari Jabatan Imigresen menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal untuk memberi pengajaran bukan sahaja kepada Lee tetapi orang ramai.

Advertisement
Mahkamah mendengar bahawa pasukan dari Jabatan Imigresen telah menjalankan Ops Gegar di Maple Karaoke Lounge.

Semasa pemeriksaan, 15 pendatang tanpa izin itu gagal mengemukakan dokumen mereka dan telah ditahan.

Susulan penahanan 15 individu tersebut, seorang warganegara Malaysia dikenali sebagai Lee turut ditahan.

Siasatan mendapati Lee ialah pemilik premis itu dan dia didapati membenarkan 15 warga asing itu berada di dalam premisnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here