RANAU: Kawasan bekas Lombong Tembaga Mamut dijangka dibangunkan bagi tujuan eko-pelancongan mampan, selain memulihkan dan mengekalkan sifat asal lokasi itu.Tarikan pelancongan di kawasan sekitar akan memberi impak kepada industri ekonomi lain yang akhirnya memberi manfaat kepada masyarakat sekitar di daerah Ranau dan Sabah, amnya.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Hj Ariffin berkata Taman-Taman Sabah sebagai agensi di bawah kementerian akan bekerjasama dengan beberapa pihak berkepentingan termasuk masyarakat sekitar dalam pembangunan industri pelancongan di sini agar manfaatnya dapat dikongsi bersama.
Advertisement





