Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
42 persatuan belia Tongod bakal terima insentif RM1,000
Published on: Friday, August 26, 2022
Published on: Fri, Aug 26, 2022
Text Size:
Text:
42 persatuan belia Tongod bakal terima insentif RM1,000
Masiung yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) mahu golongan belia di daerah ini turut bersaing dalam pelbagai bidang ekonomi, termasuk industri berasaskan pertanian dan perikanan. 
TONGOD: Semua 42 persatuan belia yang berdaftar di daerah Tongod masing-masing akan menerima insentif RM1,000 mulai awal tahun hadapan.Perkara itu diumumkan oleh Adun Kuamut, Datuk Masiung Banah pada majlis ulang tahun ke-8 Persatuan Belia Entilibon Asal (PEBENA) baru-baru ini.
Advertisement
Katanya, insentif itu sebagai galakan kepada persatuan belia untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan selain menganjurkan kegiatan sukan dan sosial.
“Mulai tahun depan kita berharap semua persatuan belia yang berdaftar akan mengaktifkan aktiviti yang menjurus kepada pembangunan belia,” katanya.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Masiung yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) mahu golongan belia di daerah ini turut bersaing dalam pelbagai bidang ekonomi, termasuk industri berasaskan pertanian dan perikanan. Ketika ditanya, sama ada beliau bercadang mewujudkan insentif tambahan bagi persatuan yang bergiat cemerlang, Masiung berkata perkara itu akan dipertimbangkan kemudian.
Advertisement
Sejak lima tahun lalu, wakil rakyat Bebas itu telah mewujudkan satu pembaharuan kepada warga belia di Tongod dengan memberikan insentif RM1,000 kepada pasangan pengantin yang baru berkahwin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here