Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Wanita mengaku tak salah menggaji tiga pendatang tanpa izin
Published on: Friday, August 26, 2022
Published on: Fri, Aug 26, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Wanita mengaku tak salah menggaji tiga pendatang tanpa izin
Sim Yik Fang mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz, kepada pertuduhan terhadapnya.
Kota Kinabalu: Seorang wanita berusia 45 tahun didakwa atas dua pertuduhan menggaji pendatang tanpa izin (PTI).

Sim Yik Fang mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz, kepada pertuduhan terhadapnya.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, Sim didakwa menggaji seorang warga Filipina berusia 51 tahun yang tidak mempunyai sebarang dokumen pada pukul 12.17 tengah hari 17 Mei tahun ini di Vernice Wellness di 1Borneo Hypermall, Jalan Sulaiman, di sini.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menggaji dua pendatang tanpa izin berusia 22 dan 38 tahun pada pukul 12.10 tengah hari di tempat yang sama.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan itu mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda antara RM10,000 dan RM50,000, atau kedua-duanya, bagi setiap pendatang tanpa izin terbabit.

Mahkamah menetapkan 17 Okt tahun ini untuk pengurusan kes, 5 dan 14 April 2023 untuk perbicaraan kes pertama, serta 6 dan 7 Jun 2023 untuk kes kedua.

Advertisement
Pegawai Pendakwa Abdul Lamit dari Jabatan Imigresen menjalankan pendakwaan, sementara peguam Lim Chun Yuan mewakili Sim.

Sementara itu, seorang lelaki meminta dibicarakan bagi tuduhan memasuki negeri ini secara haram, dengan mengatakan dia mempunyai sijil kelahiran.

Advertisement
Syed Anuar memberitahu mahkamah bahawa dia mempunyai sijil kelahiran dan mahkamah kemudian menetapkan 21 Sept tahun ini untuk pengesahan sijil kelahiran itu.

Sementara menunggu tarikh itu, Syed diperintah reman lanjut.

Dalam kes lain, dua lelaki masing-masing dijatuhi hukuman penjara empat bulan kerana memasuki negeri ini secara haram.

Fandi dan Boy Bolang mengaku secara berasingan memasuki negeri ini tanpa sebarang dokumen dan mereka ditahan pada 11 Ogos tahun ini di kawasan Bandaraya oleh polis.

Selepas hukuman penjara mereka selesai, mahkamah memerintahkan Fandi dan Boy dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk direkodkan data biometrik mereka sebelum dihantar pulang.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua mereka menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here