Kota Kinabalu: Presiden Upko, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau pada Jumaat mempersoalkan tinda-kan Barisan Nasional (BN) mempersetujui Peer Mohamad Kadir sebagai Ketua MIC Sabah, walaupun terdapat dakwaan bahawa dia memperoleh MyKad melalui pemalsuan.Beliau berkata Kerajaan Sabah harus mengkaji semula kedudukan Peer sebagai Pengarah dalam Sawit Kinabalu, dan MIC juga perlu berbuat demikian berhubung kedudukannya dalam parti.





