Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Warisan umum barisan kepimpinan 2021 – 2024
Published on: Monday, August 29, 2022
Published on: Mon, Aug 29, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Warisan umum barisan kepimpinan 2021 – 2024
Barisan kepimpinan itu menyaksikan Mohd Shafie mempertahankan jawatan Presiden selepas menang tanpa bertanding dan jawatan Timbalan, Presiden, dan tiga Naib Presiden juga menang tanpa bertanding.
Kota Kinabalu: Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, pada Ahad, mengumumkan barisan kepimpinan parti untuk penggal 2021 hingga 2024 setelah Perhimpunan Agung Tahun Warisan 2021 dan pemilihan selesai dilaksanakan Sabtu lepas.

Mohd Shafie, menerusi kenyataan, berkata beliau yakin barisan kepimpinan itu sudah bersedia dan akan sentiasa turun padang untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)).

Advertisement
Barisan kepimpinan itu menyaksikan Mohd Shafie mempertahankan jawatan Presiden selepas menang tanpa bertanding dan jawatan Timbalan, Presiden, dan tiga Naib Presiden juga menang tanpa bertanding.

Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis juga menang tanpa bertanding jawatan Ketua Wirawati, manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif menang jawatan Ketua Wanita dan Ketua Bahagian Warisan Kinabatangan, Ismail Ayub menang jawatan Ketua Wira.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Seramai 20 orang dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi (AMT) antaranya Ahli Parlimen Kalabakan, Ma’mun Sulaiman; Ahli Parlimen Papar, Ahmad Hassan; Adun Bongawan, Dr Daud Yusof; Adun Banggi, Mohammad Mohamarin; Adun Karamunting, George Hiew Vun Zin; Adun Tanjong, Kapor Ben Chong Chen Bin; Adun Darau, Azhar Matussin; Adun Merotai, Sarifuddin Hata dan Adun Gum-Gum, Arunarnsin Taib.

Jawatan dilantik menyaksikan Datuk Loretto Padua Jr kekal sebagai Setiausaha Agung dan Adun Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah kekal Ketua Penerangan.

Advertisement
Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman, yang tidak mempertahankan jawatan Ketua Wira kerana memberikan laluan kepada pemimpin muda, tiada dalam senarai kepimpinan.

Kuota bagi jawatan dilantik iaitu dua Naib Presiden, satu Bendahari Agung dan 11 AMT belum diumumkan.

Advertisement
Berikut senarai penuh barisan kepimpinan Warisan 2021-2024:

Presiden: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Timbalan Presiden: Datuk Darell Leiking

Naib Presiden: Datuk Dr Jaujan Sambakong, Datuk Junz Wong dan Terrence Siambun.

Setiausaha Agung: Datuk Loretto Padua Jr; Ketua Penerangan: Datuk Awang Ahmad Sah; Ketua Wanita: Norazlinah Arif; Ketua Wira: Ismail Ayub; Ketua Wirawati: Isnaraissah Munirah Majilis

Ahli Majlis Tertinggi :

1. Dr Daud Yusof; 2. Mohammad Mohamarin; 3. Mudi Dubing; 4. Ahmad Hassan; 5. George Hiew Vun Zin; 6. Mohd Zinin Adong Ajak; 7. Mazliwati Abdul Malek Chua; 8. Datuk Honorsius Bosuin; 9. Ben Chong Chen Bin; 10. Azhar Matussin; 11. Charles Ebbie; 12. Ma’mun Sulaiman; 13. Datuk Ahmad Shah Tambakau; 14. Sarifuddin Hata; 15. Arunarnsin Taib; 16. Japar Awang; 17. Mahadi Mumin; 18. Nicholas Chak; 19. Datuk Aidi Moktar dan 20. Mohd Taib Isai.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here