Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Syor tukar lirik lagu rasmi Sabah
Published on: Tuesday, August 30, 2022
Published on: Tue, Aug 30, 2022
Text Size:
Text:
Syor tukar lirik lagu rasmi Sabah
Masiung (kiri) menerima bendera Sabah daripada Pengerusi Star Kuamut, Mandick Adam.
TONGOD: Lirik lagu rasmi “Sabah Tanah Airku” wajar diubah suai memandangkan Sabah bukan lagi berstatus negeri sebaliknya ia telah dijenamakan sebagai wilayah, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kuamut, Datuk Masiung Banah.

Menurutnya, lirik asal lagu rasmi Sabah itu sudah tidak relevan dinyanyikan pada majlis rasmi memandangkan Sabah sudah bertukar berstatus.

Advertisement
“Perkataan ‘negeri’ harus digugurkan dalam kandungan lirik lagu itu dan digantikan dengan perkataan ‘wilayah’, “ katanya selepas menyambut konvoi membawa benderà Sabah bagi Parlimen Kinabatangan di Kampung Entilibon, Ahad lepas.

Konvoi itu diadakan sempena sambutan Hari Sabah ke-59 tahun menyertai Malaysia anjuran Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat (Star) Bahagian Kuamut.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada 8 April tahun lalu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), telah menjenemakan Sabah dan Sarawak sebagai wilayah berkuatkuasa serta merta.

Penggunaan terma wilayah bagi Sabah dan Sarawak itu menyusuli keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri Malaysia pada 7 April 2021.

Advertisement
Masiung berkata, Jabatan Ketua Menteri perlu memperbaharui semula lirik lagu rasmi itu dengan segera dengan menggunakan perkataan ‘wilayah’ bagi menggantikan ‘negeri’.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here