Kota Kinabalu: Persatuan Bina Badan Sabah (SBBA) menghantar enam pegawai, dengan tiga daripadanya menghadiri peringkat negeri dan tiga lagi untuk kursus pengadil bina badan peringkat kebangsaan, yang diadakan di Kedah minggu lalu.
Menurut presidennya Joannes Staneslous, kursus itu disertai 43 peserta dari seluruh negara dan Sabah diwakili Asmah Naim, Samsiah Muslim, Steve Soleten, Abd Aziz Ahmad, Mohd Jerome Robles, Evy Nonita Anggus dan Suzih Aziz.