Jabatan Air sedang melakukan pemeriksaan ke atas paip agihan utama ke Apartmen Country Heights untuk memastikan bekalan sampai ke kawasan perumahan itu, selepas 5,000 lebih penghuni di sana tidak menerima bekalan air selama 24 jam, baru-baru ini.
Jurucakap agensi itu berkata bekalan telah dialihkan ke bahagian Jalan Bantayan Minintod ini, untuk satu tempoh selepas itu, untuk menstabilkan keadaan di apartmen berkenaan.
“Kami tidak dapat menghantar bekalan ke Country Heights, dalam hal ini, kerana semua lori tangki kami telah dikerahkan untuk membantu mengurangkan masalah tidak dijangka di kawasan Manggatal dan Teluk Sepanggar,” katanya.
“Bagaimanapun, memandangkan apa yang berlaku di Apartmen Country Heights, juruteknik kami telah melakukan pemeriksaan berkala untuk melihat jika terdapat air terawat dalam paip utama sebelum meter pukal untuk hartanah itu.”
Beliau menjelaskan bahawa kekurangan bekalan di Country Heights adalah keadaan sementara yang berpunca daripada penutupan berjadual di Loji Rawatan Moyog Jabatan itu, sehari sebelumnya.
KHIDMAT beberapa lori tangki digunakan untuk melakukan 15 penghantaran ke hartanah itu. Gambar kecil menunjukkan bacaan selepas kesemua penghantaran itu selesai dilakukan.
Aktiviti pengeluaran air terpaksa dikurangkan selama beberapa jam agar kerja-kerja penyelenggaraan dapat dijalankan pada “penjernih” di kemudahan itu, menurutnya.
“Pengguna kami di Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang dimaklumkan seminggu lebih awal untuk menjangkakan gangguan bekalan akibat penutupan itu.
“Mereka dimaklumkan, melalui media sosial, untuk bersedia menghadapi kemungkinan gangguan atau pengurangan tekanan air dari paip mereka.”
Selain Country Heights, kawasan lain di Penampang yang terjejas akibat penutupan itu termasuk di Kobusak dan berhampiran Dewan KDCA, serta di sepanjang Jalan Penampang Baru, Jalan Penampang-Papar Lama, Jalan Pintas Donggongon, Jalan Panglima Banting serta Jalan Bundusan.
Jurucakap itu berkata orang ramai telah diberi amaran bahawa ia mungkin mengambil masa antara dua atau tiga hari untuk bekalan kembali normal, sebaik sahaja operasi disambung semula di Loji Moyog.
“Mereka yang tinggal dan bekerja di kawasan yang lebih tinggi, atau di premis yang terletak di penghujung paip agihan utama kami telah diberi amaran bahawa ia akan mengambil sedikit masa untuk pulih sepenuhnya akibat penutupan itu.”
DARREL dari Penampang merungut mengenai masalah air yang dialaminya di apartmen tingkat dua di Country Heights.
Ketika menghubungi Hotline, dia mendakwa sudah hampir dua hari dia tidak menerima bekalan.
“Saya bergantung kepada air botol untuk diminum dan membersihkan diri,” katanya.
Menurut Darrel, beliau telah melaporkan masalah air itu kepada syarikat pengurusan (MC) untuk hartanah itu.
“Selain menghubungi MC, saya juga membuat aduan secara peribadi di Jabatan Air.”
Di sebalik usahanya, Darrel berkata paip di unitnya terus kering.
Jurucakap MC mengakui penerimaan notis daripada Jabatan Air, berkata dokumen itu memaklumkan mengenai penutupan bekalan dari 8 pagi “sehingga kerja penyelenggaraan selesai”.
“Menjelang jam 8 pagi keesokan harinya, bekalan masuk ke Country Heights masih belum dipulihkan dan kakitangan kami menghadapi kesukaran untuk menjelaskan mengapa kami tidak mengeluarkan air kepada penyewa di 47 blok yang ada di Country Heights,” katanya.
“Sejak April, Country Heights hanya menerima antara 5 hingga 60 peratus daripada jumlah air terawat.
“Disebabkan itu, pihak pengurusan terpaksa mengawal aliran air dari tangki bertingkat dan tanah kepada penyewa.
“Jika kami tidak melakukannya, mereka yang tinggal di tingkat atas tidak akan mendapat bekalan sama sekali.”
MC biasanya mengeluarkan air selama beberapa jam dua kali sehari – sekali pada waktu pagi dan pada waktu malam, menurutnya.
“Pada masa penutupan berjadual itu, tidak ada air yang mencukupi dalam tangki tanah kami untuk kami salurkan kepada penyewa bekalan pada waktu malam.
“Kami tidak dapat melakukan ini pada keesokan harinya. Kakitangan kami terus memeriksa tolok di bahagian atas tangki kami, di atas dan di luar, dalam tempoh ini dan mendapati tahap itu masih pada ‘sifar’.”
Beliau berkata antara 5-10 peratus daripada bekalan masuk kembali pada 2.30 petang dan 20 peratus sejam kemudian.
Namun begitu, katanya, paras air masih terlalu rendah menjelang lewat petang.
“Disebabkan ini, kami memutuskan untuk mendapatkan khidmat pengendali lori tangki untuk melakukan 15 penghantaran untuk mengisi tangki kami.
“Kami hanya berjaya menyalurkan air kepada penyewa kami selepas beberapa lori tangki ini datang ke hartanah itu.”
Beliau berkata MC telah menulis kepada Jabatan sebanyak dua kali, pada 19 April dan 25 Mei, mengenai bekalan yang tidak menentu ke Country Heights.
“Kami masih menunggu untuk menerima jawapan rasmi terhadap surat-surat ini.”