RANAU: Gandingan mantap dan keserasian pemain membawa tuah kepada pasukan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Lohan untuk muncul johan keseluruhan Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala Merdeka peringkat PDM Parlimen Ranau 2022.PDM Lohan, yang menewaskan pasukan PDM Paus pada perlawanan akhir dengan jaringan 1-0 menerusi sepakan penalti, membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000, trofi dan piala pusingan.
Advertisement





