Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kami dah undang, tapi tak dijawab, PAS sahkan tiada pemimpin Umno hadir muktamar
Published on: Saturday, September 03, 2022
Published on: Sat, Sep 03, 2022
By: FMT, Nora Mahpar, Faiz Zainudin, Predeep Nambiar
Text Size:
Text:
Kami dah undang, tapi tak dijawab, PAS sahkan tiada pemimpin Umno hadir muktamar
Takiyuddin Hassan berkata undangan itu sudah diedarkan kepada semua peringkat pimpinan parti dari presiden hingga majlis kerja tertinggi termasuk pimpinan Umno di Kedah, namun tidak berbalas. (Gambar Bernama)
ALOR SETAR: Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan mengesahkan tiada pemimpin Umno hadir pada Muktamar PAS ke-68 di Kedah walaupun sudah diundang.

Beliau berkata undangan itu sudah diedarkan kepada semua peringkat pimpinan parti dari presiden hingga majlis kerja tertinggi termasuk pimpinan Umno di Kedah, namun tidak berbalas.

Advertisement
“Kita sahkan kita undang semua pimpinan Umno dari presiden hingga MKT tetapi tidak dijawab. Tidak adil lah, (undangan) termasuk juga pimpinan Umno di Kedah diundang,” katanya pada sidang media selepas perasmian Muktamar PAS ke-68.

Kelibat pemimpin Umno tidak kelihatan pada perhimpunan terpenting PAS pada kali ini, selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membuat penampilan pertama ke Muktamar PAS ke-64 di Terengganu pada 2018.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Langkah Zahid dalam muktamar itu meleraikan persengketaan antara Umno dan PAS yang berseteru lebih 60 tahun.

Sementara itu, Presiden Abdul Hadi Awang mengesahkan sehingga kini tiada sebarang pertemuan antara PAS dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk menetapkan tarikh pilihan raya umum.

Advertisement
“Sehingga kini tiada, sepatutnya dia (PM) panggil bincang sebab kita dalam kerajaan, sehingga kini tiada,” katanya.

Beliau berkata Jemaah Menteri hari ini bukan ditadbir Umno tetapi kerajaan campuran dibentuk beberapa parti, justeru keputusan untuk mengadakan PRU perlu mendapat persetujuan bersama.

Advertisement
“Jadi PM tak boleh sebarangan nak buat PRU,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here