Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
E-review kes lelaki didakwa rogol adik, seks luar tabii 27 Oktober
Published on: Saturday, September 03, 2022
Published on: Sat, Sep 03, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
E-review kes lelaki didakwa rogol adik, seks luar tabii 27 Oktober
Mahkamah juga menetapkan pada atau sebelum 4 Okt tahun ini untuk pihak pembelaan memfailkan hujahan mereka dan jawapan oleh pihak pendakwaan pada atau sebelum 19 Okt tahun ini, dan satu lagi jawapan oleh pihak pembelaan jika ada, akan difailkan pada atau sebelum 26 Okt tahun ini. Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa merogol adiknya yang berusia tiga tahun itu di sebuah rumah di Kota Marudu antara 2010 dan 2016.
Kota Kinabalu: Mahkamah Sesyen menetapkan 27 Okt untuk e-review kes membabitkan seorang lelaki berusia 23 tahun yang didakwa atas dua pertuduhan merogol adik perempuannya yang masih bertatih dan melakukan seks luar tabii terhadapnya.

Hakim Elsie Primus menetapkan tarikh tersebut untuk lelaki itu memantau pemfailan hujahan apabila pihak pembelaan menutup kesnya selepas memanggil lapan saksi.

Advertisement
Mahkamah juga menetapkan pada atau sebelum 4 Okt tahun ini untuk pihak pembelaan memfailkan hujahan mereka dan jawapan oleh pihak pendakwaan pada atau sebelum 19 Okt tahun ini, dan satu lagi jawapan oleh pihak pembelaan jika ada, akan difailkan pada atau sebelum 26 Okt tahun ini. Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa merogol adiknya yang berusia tiga tahun itu di sebuah rumah di Kota Marudu antara 2010 dan 2016.

Kesalahan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara lapan tahun dan 30 tahun, dan sekurang-kurangnya 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memasukkan alat sulitnya ke dalam dubur adiknya di tempat dan pada masa yang sama. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan telah memanggil tujuh saksi semasa perbicaraan di peringkat pendakwaan.

Advertisement
Lelaki itu diperintah membela diri pada 20 April tahun ini selepas mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mas Izzaty Lokman manakala lelaki yang dilepaskan dengan jaminan itu diwakili peguam Datuk Joseph @ Bernard Dalinting.

Advertisement
Sementara itu, tiga lelaki masing-masing dipenjara lima tahun dan dikenakan satu sebatan kerana mengambil dadah secara berulang.

Jaisyjasur Jamrin, Mohd Sophian Mohd Abbas dan Rosli Amat mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim.

Jaisyjasur ditahan pada 13 Julai tahun ini selepas air kencingnya diuji positif dadah di Balai Polis Penampang, dan mempunyai beberapa rekod sabitan untuk kesalahan mengambil dadah.

Mohd Sophian ditahan pada 11 Julai lalu selepas air kencingnya diuji positif dadah di Balai Polis Papar dan mempunyai beberapa rekod sabitan untuk kesalahan sama.

Sementara itu, Rosli ditahan pada 15 Julai lalu di Balai Polis Tuaran dan mempunyai beberapa rekod sabitan kesalahan mengambil dadah.

Mahkamah memerintahkan ketiga-tiga mereka menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas hukuman penjara mereka tamat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here