Kuala Lumpur: Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) 2022 yakin dapat mencapai sasaran jualan RM45 juta dan 28,000 pengunjung sepanjang acara tiga hari itu.Pameran Matta ke-51 bermula 2 Sept di Pusat Dagangan Dunia menyaksikan 9,000 pengunjung pada hari pertama, menurut Presiden Matta Datuk Tan Kok Liang.





