Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah kini 65 peratus siap: Arthur
Published on: Tuesday, September 06, 2022
Published on: Tue, Sep 06, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah kini 65 peratus siap: Arthur
Arthur, yang juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pejabat PBRS Parlimen Tawau dan turut menerima borang keahlian baharu kira-kira 2,000 orang di sini.
TAWAU: Pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah kini pada tahap 65 peratus siap berbanding 86 peratus di Sarawak, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup.

Beliau berkata kelewatan tersebut berpunca oleh pertukaran kerajaan negeri Sabah pada 2018, menyebabkan perubahan dasar antaranya membatalkan rakan pelaksana projek (PDP) projek itu.

Advertisement
“Sarawak pula tidak melibatkan perubahan kerajaan...mereka meneruskan dasar, pembangunan dan tiada pembatalan ini kerana Sarawak lebih maju bina LPB berbanding dengan kita (Sabah). Sekarang kita sudah balik dalam kerajaan.

“Saya sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya memberi komitmen bantu kerajaan bina LPB Sabah malah Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) telah meluluskan semua 19 baki pakej projek itu dan kita komited siapkan semua (pakej ini) dalam lima tahun,” katanya, di sini, pada Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Arthur, yang juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pejabat PBRS Parlimen Tawau dan turut menerima borang keahlian baharu kira-kira 2,000 orang di sini.

Pada Mei lepas, Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, dilaporkan berkata baki 19 daripada 35 Pakej Kerja dalam fasa pertama projek pembinaan LPB Sabah akan dilaksanakan menggunakan peruntukan kerajaan Persekutuan.

Advertisement
Sementara itu, Arthur berkata pembinaan jalan bagi menghubungkan Sabah terutama kawasan Kalabakan dan Serudong ke SImanggaris di Kalimantan, Indonesia, akan dijadikan projek keutamaan untuk pelaksanaan pada tahun depan.

Beliau berkata langkah itu penting dalam usaha memastikan Sabah terutama rakyatnya dapat meraih limpahan ekonomi dengan langkah Indonesia memindahkan ibu negaranya di Nusantara, Kalimantan.

Advertisement
“Kita mengutamakan perancangan supaya kerja awalan dimulakan untuk jalan ke SImanggaris bagi memastikan Sabah bersedia dan tidak ketinggalan untuk meraih limpahan ekonomi itu,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here