Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
GRS platform ideal untuk perpaduan rakyat Sabah
Published on: Thursday, September 08, 2022
Published on: Thu, Sep 08, 2022
Text Size:
Text:
GRS platform ideal untuk perpaduan rakyat Sabah
Hajiji yakin Kerajaan Negeri sekarang yang mana kerjasama antara GRS dan Barisan Nasional (BN) akan terus kukuh.
GABUNGAN Rakyat Sabah (GRS) adalah platform terbaik untuk semua parti di Sabah bersatu dan membawa pembangunan kepada negeri dan rakyatnya. Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata tidak ada cara lain melainkan semua bersatu di bawah satu parti iaitu GRS.

“Kita tidak ada alternatif lain selain berbuat demikian kerana kita sudah lama berpecah belah,” katanya pada program Jelajah GRS – Parlimen Kudat di Dataran Tomborungus, Kudat, pada 29 Ogos.

Advertisement
“Tidak kira betapa berpengalaman atau hebatnya kita, kita tidak akan dapat melindungi hak kita (Sabah) dalam Persekutuan Malaysia jika kita tidak bersatu,” kata Pengerusi GRS itu.

Hajiji yakin Kerajaan Negeri sekarang yang mana kerjasama antara GRS dan Barisan Nasional (BN) akan terus kukuh.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
 “Saya yakin BN Sabah mempunyai pendirian tersendiri dalam memastikan hak-hak Sabah dilindungi. Tidak perlu terpengaruh dengan landskap politik di seberang,” katanya.

Hajiji berkata Kerajaan Negeri berjaya mendapatkan banyak hak negeri daripada Kerajaan Persekutuan, dengan yang terbaru ialah penubuhan Suruhanjaya Tenaga Sabah, yang terbaru menjelang tahun depan.

Advertisement
“Pendirian GRS mengenai MA63 adalah konsisten. Kita kan terus berjuang untuk apa yang menjadi milik kita,” katanya.

Turut hadir Presiden Star Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Timbalan Presiden PBS Datuk Dr Joachim Gunsalam, Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee, Presiden Usno Tan Sri Pandikar Amin, Penyelaras GRS Kudat Datuk Dr Ruddy Awah, Bendahari Bersatu Sabah Datuk Arifin Arif, Setiausaha Bersatu Sabah Datuk Razali Radzi dan Ketua Srikandi Bersatu Sabah Datuk Azizah Dun.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here