Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tiga bulan untuk tubuh unit integriti
Published on: Thursday, September 08, 2022
Published on: Thu, Sep 08, 2022
Text Size:
Text:
Tiga bulan untuk tubuh unit integriti
Hajiji turut mengarahkan semua 17 jabatan di bawah Jabatan Ketua Menteri untuk membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) masing-masing dengan tempoh diberikan sehingga Disember depan. 
KETUA Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengarahkan 76 badan berkanun dan syarikat kepentingan kerajaan (GIC) negeri yang masih belum menubuhkan Unit Integriti dan Tadbir Urus (IGU) berbuat demikian sebelum Disember.

Beliau menegaskan bahawa unit sebegini penting dan setakat ini hanya sembilan daripada badan berkanun dan GIC telah menubuhkan IGU di agensi masing-masing.

Advertisement
“Ia bagi memastikan budaya kerja berintegriti diamalkan dalam perkhidmatan dengan ketelusan, tiada kepentingan, tiada unsur penyalahgunaan kuasa dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

Beliau merasmikan Hari Integriti Negeri Sabah 2022 di Auditorium Utama, Menara Kinabalu, di sini pada 1 September.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sembilan badan yang sudah menubuhkan unit itu ialah Lembaga Industri Getah Negeri Sabah (LIGS), Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (Safoda), Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah, Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC), Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (Sedco), Kumpulan Yayasan Sabah (KYS), Sabah Urban Development Corporation Sdn Bhd (SUDC), Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (TTS) dan Lembaga Pelancongan Sabah (STB).

Kerajaan Negeri telah mengeluarkan arahan bertarikh 12 November 2019 kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), yang kini dirujuk sebagai “syarikat berkepentingan kerajaan” untuk mempunyai IGU dalam tempoh dua tahun.
Advertisement
 “Tanggungjawab ini perlu digalas sebaiknya oleh 20,920 penjawat awam negeri dan 107,097 penjawat awam Persekutuan di Sabah. Ini (integriti) juga yang dituntut oleh kira-kira 3.4 juta rakyat Malaysia di Sabah.

“Isu integriti yang menjejaskan integriti perkhidmatan seharusnya tidak berlaku sekiranya semua inisiatif kerajaan dan budaya kerja berintegriti dipatuhi,” katanya.
Advertisement
Hajiji turut mengarahkan semua 17 jabatan di bawah Jabatan Ketua Menteri untuk membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) masing-masing dengan tempoh diberikan sehingga Disember depan.  “Saya mahu semua jabatan, pejabat daerah, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri yang belum membangunkan pelan antirasuah masing-masing, diberikan tempoh sehingga Disember 2023 untuk berbuat demikian. GIC digalakkan untuk membangunkan pelan antirasuah dan mendapatkan pensijilan Anti Bribery Management System (ABMS),” katanya. Ketua Menteri turut mengarahkan agar status pembangunan pelan antirasuah dan pelaksanaan ABMS dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet Sabah selain mahu semua ketua jabatan memainkan peranan proaktif bagi memastikan agensi di bawah kawalan masing-masing membangunkan pelan antirasuah. Dalam usaha mengekang ketirisan hasil kerajaan negeri, satu pasukan petugas yang terdiri daripada Kementerian Kewangan Sabah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Malaysian Palm Oil Berhad dibentuk bagi tujuan mengutip semua cukai jualan yang gagal dibayar sebelum ini. “Jika kerugian yang ditanggung sekiranya berlaku atas sebab ketirisan, salah guna kuasa dan pembaziran, maka ia perlu diberikan perhatian serius oleh semua peringkat kementerian, jabatan dan agensi di negeri Sabah,” katanya. Dalam pada itu, Hajiji berkata, kerajaan negeri sudah memulakan inisiatif menyelesaikan isu-isu Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dan hasil inisiatif ini sebanyak 63 daripada 116 isu teguran audit berjaya diselesaikan sepanjang tempoh Januari 2021 hingga 25 Ogos 2022. Hari Integriti Negeri Sabah adalah salah satu inisiatif di bawah Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) (2021-2025) dan sempena sambutan itu, Ketua Menteri turut melancarkan Buku Semakan Semula Pelan Antirasuah Jabatan Ketua Menteri (PAR JKM) 2019-2023. Buku Semakan Semula ini mengandungi 20 inisiatif yang ditambah baik seiring dengan hala tuju dan agenda kerajaan ke arah pengukuhan integriti, antirasuah dan tadbir urus baik. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here