Kota Kinabalu: Konsep pelancongan berasaskan komuniti (CoBT) perlu diperluaskan kepada komuniti air bagi membangunkan produk pelancongan baharu dengan pengalaman tersendiri, kata Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai.Pendekatan itu, katanya, akan membantu dalam membersihkan dan mengubah perkampungan air menjadi destinasi pelancongan yang berkembang maju di mana penekanan diberikan kepada kebersihan.
“Terutama di kawasan luar bandar, Sabah telah menunjukkan kejayaan yang kukuh dalam bidang CoBT. Sejak 2014, kita telah melihat peningkatan dalam minat masyarakat luar bandar untuk mengendalikan CoBT.
Advertisement





