Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan terus pertingkat keselamatan di Esszone
Published on: Friday, September 09, 2022
Published on: Fri, Sep 09, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kerajaan terus pertingkat keselamatan di Esszone
Annuar berkata beliau juga akan meninjau beberapa menara komunikasi di Pulau Bum Bum sebagai sebahagian Program Kembara Connecitivity untuk meningkatkan lagi mutu capaian jalur lebar di seluruh Sabah.
TAWAU: Kerajaan akan terus mempertingkat keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) sejajar kesungguhan kerajaan untuk menjaga kedaulatan negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan akan terus memberi tumpuan yang tinggi di kawasan itu bagi menjamin keselamatan rakyat di Sabah pada setiap masa.

Advertisement
“Kita faham juga apabila ada berita-berita yang mungkin menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat yang mencari rezeki, yang berniaga, yang menjalankan aktiviti harian maka soal keselamatan (adalah) perkara yang paling penting.

“Pasukan komunikasi dikehendaki membuat liputan sepenuhnya perkara (berkaitan usaha keselamatan) yang sedang berjalan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan watikah pelantikan Pengerusi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di sini pada Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada majlis itu, seramai 23 individu menerima watikah pelantikan sebagai Pengerusi PEDi bagi zon 6 yang melibatkan Parlimen Lahad Datu, Semporna, Tawau dan Kalabakan.

Annuar, yang dalam lawatan kerja tiga hari ke Sabah bermula Khamis, berkata beliau juga akan berpeluang menyaksikan secara dekat operasi keselamatan melibatkan kawasan kepulauan.

Advertisement
Semasa lawatan itu, Annuar turut mengadakan pertemuan dengan rakyat di kawasan terbabit untuk mendapatkan maklum balas mengenai pengalaman mereka daripada aspek keselamatan dan kos barang selaras dengan tanggungjawab beliau sebagai Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi.

“Sabtu ini (esok), saya akan bersarapan dengan penduduk kampung di Pulau Bum Bum supaya kita dapat berkomunikasi dengan rakyat.

Advertisement
“Saya suka untuk dapatkan maklum balas tentang apa yang mereka lalui, dari segi keselamatan, harga barang, kos sara hidup dan talian perhubungan,” katanya.

Annuar berkata beliau juga akan meninjau beberapa menara komunikasi di Pulau Bum Bum sebagai sebahagian Program Kembara Connecitivity untuk meningkatkan lagi mutu capaian jalur lebar di seluruh Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here