Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Papar alami banjir kilat, bekalan elektrik terganggu
Published on: Saturday, September 10, 2022
Published on: Sat, Sep 10, 2022
By: Jonathan Nicholas
Text Size:
Text:
Papar alami banjir kilat, bekalan elektrik terganggu
BEBERAPA kenderaan dilihat melalui jalan yang dinaiki air.
PAPAR: Hujan lebat tanpa henti pada lewat petang Jumaat menenggelamkan beberapa kawasan perumahan dan komersial di sini.

Penduduk juga mengalami gangguan bekalan elektrik.

Advertisement
Ia adalah ujian kesabaran bagi pelanggan dan pemilik kedai di Pusat Komersial Benoni melepasi jam 2 petang.

Kawasan itu dikatakan mengalami banjir terburuk sejak Fasa 3 dilancarkan pada 2017 dengan paras air keruh menenggelamkan tayar kenderaan kecil.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, seorang lelaki dari Taman Nagapas menyalahkan penebangan hutan untuk pembangunan perumahan berhampiran rumahnya sebagai penyebab kejadian banjir kilat di taman perumahan itu. “Saya sudah tinggal di sini selama sepuluh tahun dan ini adalah banjir terburuk yang pernah berlaku. Apabila saya sampai di rumah pada pukul 3 petang, jalan sudah tenggelam sedalam 1 kaki,” katanya kepada harian ekspres.

Advertisement
Bapa berusia 31 tahun itu berkata, dia terpaksa membina penghadang sementara dengan batu bata untuk mengelakkan kerumitan kerja pembersihan yang lebih besar. Sehingga jam 6 petang, hujan masih turun di daerah itu.

Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat, penduduk Kampung Tanaki mengambil inisiatif bergerak ke kawasan tinggi kira-kira jam 3 petang.

Advertisement
“Belum ada tiada tempat perlindungan sementara dibuka,” kata jurucakap agensi itu setakat 4.30 petang sambil menambah lima pegawai dan kakitangan telah mengawasi penduduk terbabit.

Bulan lepas, Kerajaan Persekutuan mengumumkan peruntukan RM34 juta untuk projek tebatan banjir di Papar.

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kerja-kerja pembinaan struktur penghalang pantai sepanjang 1.15 kilometer dan struktur perlindungan hakisan di Kampung Kuala Dalam dengan pintu kawalan air dijangka bermula awal 2023.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here