Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pencuri dijel 10 bulan, didenda
Published on: Saturday, September 10, 2022
Published on: Sat, Sep 10, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Pencuri dijel 10 bulan, didenda
Latip didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh didenda, sementara bagi kesalahan kedua atau seterusnya harus dihukum penjara dan denda atau sebatan.
Kota Kinabalu: Seorang penganggur dipenjara 10 bulan dan didenda RM2,000 atau penjara dua bulan lagi pada Jumaat atas kesalahan mencuri.

Abdul Latip Umar, 38, mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie kepada tuduhan mencuri dua unit kipas solar, 20 unit kipas tangan, empat unit pembesar suara komputer dan tiga unit kipas meja milik Johnny Wong di hadapan Valknow Tech Sdn Bhd di Kompleks Asia City pada jam 11.40 pagi 5 Sept.

Advertisement
Mahkamah dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa sebelum kejadian, pengadu menyedari sebuah kotak mengandungi peralatan elektrik yang diletakkannya di hadapan premis itu telah hilang.

Pengadu keluar untuk memeriksa dan melihat dua lelaki tidak jauh dari premis itu dan bertanya kepada mereka mengenai kotak itu, dan salah seorang daripada mereka mendakwa dia telah membeli barang tersebut tetapi gagal menunjukkan resit pembelian, kata mahkamah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis itu mendapati lelaki tersebut telah mencuri kotak itu dengan kandungannya bernilai RM800.

Peguam dilantik Michelle Usman, yang mewakili Latip, memohon supaya tertuduh dikenakan bon berkelakuan baik.

Advertisement
Bagaimanapun, Inspektor Albert Basiri yang menjalankan pendkawaan, memberitahu mahkamah bahawa Latip mempunyai empat rekod sabitan lampau dan tidak sesuai dikenakan bon.

Latip didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh didenda, sementara bagi kesalahan kedua atau seterusnya harus dihukum penjara dan denda atau sebatan.

Advertisement
Dalam kes lain, seorang lelaki berusia 24 tahun didenda RM1,000 atau penjara sebulan kerana memiliki peralatan judi.

Syamrin Suharto mengaku memiliki lima tiket loteri haram pada jam 5 petang 12 Dis tahun lalu di pekan Donggongon, Penampang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka, yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan, atau denda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, seorang penjual kek didakwa mencabul seorang wanita.

Abd Zaidi Abd Rahmad, 37, mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan itu terhadap seorang wanita berusia 19 tahun pada jam 6 petang 7 Jun tahun ini di Jalan Tun Fuad Stephen.

Pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau dengan denda atau dengan sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Peguam Lim Ming Zoong @ Lawrence, yang mewakili tertuduh, memohon ikat jamin rendah atas sebab tertuduh di bawah ikat jamin polis dan perlu melapor diri di balai polis sebulan sekali, selain bukan risiko melarikan diri.

Majistret menetapkan 12 Okt ini untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan melepaskan Zaidi dengan ikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here