Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki didakwa sebabkan cedera parah ketahui nasib 14 Oktober
Published on: Saturday, September 10, 2022
Published on: Sat, Sep 10, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki didakwa sebabkan cedera parah ketahui nasib 14 Oktober
Kesalahan di bawah Seksyen 326/34 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 32 tahun akan mengetahui nasibnya pada 14 Okt tahun ini bagi pertuduhan menyebabkan kecederaan parah kepada lelaki lain.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menetapkan tarikh itu bagi Reezid Kasmin, apabila pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 15 saksi semasa perbicaraan.

Advertisement
Mahkamah juga menetapkan 29 Sept tahun ini untuk kedua-dua pihak mengemukakan hujahan terkini.

Reezid didakwa menyerang Mohd Bovi Wong, 26, dengan menggunakan pisau dan pedang pada jam 11 malam 6 Jan 2020 di hadapan Kedai Mike Café di Tuaran.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu bersama seorang lagi tertuduh Abdul Razif Juani, yang mengaku kepada pertuduhan itu dan dijatuhkan hukuman setimpal, serta seorang lagi subahat yang masih bebas.

Kesalahan di bawah Seksyen 326/34 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Faezah Jafry manakala peguam Erveana Ansari Ali mewakili Reezid.

Di mahkamah lain, seorang lelaki dipenjara lima tahun dan dikenakan satu sebatan kerana mengambil dadah secara berulang.

Advertisement
Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu kepada Mitchel Sammy @ Brandon yang mengaku bersalah kepada pertuduhan terhadapnya.

Mitchel didapati mengambil dadah pada 28 Jun tahun ini selepas air kencingnya diuji positif dadah di balai polis Kota Belud.

Dia mempunyai beberapa rekod sabitan mengambil dadah.

Mahkamah memerintahkan Mitchel menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap.

Selepas menjalani hukuman penjara, mahkamah memerintahkan Mitchel diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here