Kota Kinabalu: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkemungkinan akan membuat kemunculan semula dan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.Beliau bagaimanapun berkata ia masih tertakluk kepada keputusan pucuk pimpinan parti, yang akan dipatuhinya sepenuhnya.





