Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lagi pendaki cedera ketika cuba menawan Gunung Kinabalu
Published on: Monday, September 12, 2022
Published on: Mon, Sep 12, 2022
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Lagi pendaki cedera ketika cuba menawan Gunung Kinabalu
Anggota Mosar membawa mangsa turun ke Timpohon Gate.
RANAU: Cuaca hujan dan berangin di daerah ini minggu lalu mengakibatkan seorang lagi pendaki tergelincir dan mengalami kecederaan ketika mendaki Gunung Kinabalu di sini, Sabtu lepas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, PPgB Ridwan Bin Mohd Talib berkata, kejadian berlaku di kilometer 8.5 denai mendaki Gunung Kinabalu kira-kira jam 7.54 pagi.

Advertisement
“Selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu, sekumpulan Pasukan Mencari dan Menyelamat (Mosar) Gunung Kinabalu diketuai Pegawai Operasi, PBK II KUP Juanie Dullah bersama dua penyelamat Taman Sabah dan empat Malim Gunung bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya anggota penyelamat di lokasi, pasukan kami mendapati ada seorang pendaki wanita berusia 24 tahun mengalami kecederaan dengan buku lali kiri membengkak menyebabkan dia tidak meneruskan perjalanan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pasukan penyelamat mengangkat mangsa menggunakan kaedah piggyback-carry dan selepas itu membawanya turun ke Timpohon Gate di Kundasang menggunakan pengusung. Mangsa diberi rawatan awal oleh Pasukan EMRS dan dihantar ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, menurut Ridwan, kejadian itu adalah yang kedua bagi bulan September 2022 dan yang ke-48 di Gunung Kinabalu setakat ini, tahun ini.

Advertisement
Januari lalu, lapan pendaki mengalami pelbagai jenis kecederaan semasa mendaki Gunung Kinabalu, pada Februari (9), Mac (4), April (5), Mei (4), Jun (3) Julai (8) dan pada Ogos, lima kes telah direkodkan.

Ridwan mengulangi gesaannya kepada bakal pendaki agar melakukan penilaian kesihatan diri sebelum mendaki Gunung Kinabalu kerana perlu diingat usaha untuk menakluki gunung itu bukanlah sesuatu yang mudah.

Advertisement
Beliau berkata perlu ada persiapan mental dan fizikal sebelum membuat keputusan untuk mendaki, dan hanya membawa barang yang sesuai dan perlu dalam perjalanan mereka.

Beliau turut menasihatkan pendaki ke Gunung Kinabalu supaya lebih berhati-hati dalam keadaan semasa yang tidak menentu kerana permukaan tanah dan batuan lebih licin berbanding ketika cuaca biasa.

“Sentiasa mendaki dalam kumpulan, jangan berjalan sendirian dan pastikan anda memberi perhatian kepada nasihat pemandu kami. Ini amat penting bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan.

“Bagi mereka yang dalam rawatan, pastikan anda membawa bersama semua peralatan perubatan atau ubat-ubatan yang diperlukan yang telah ditetapkan oleh doktor semasa mendaki,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here