Kota Kinabalu: Wanita memegang sejumlah 45 jawatan pembuat keputusan di Sabah setakat Jun 2022, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Shahelmey Yahya.Ini termasuk Pembantu Menteri, Ahli Parlimen, Adun, timbalan setiausaha kerajaan negeri, setiausaha tetap serta ketua jabatan dan badan berkanun.
“Ini jelas menunjukkan Kerajaan Sabah sentiasa mengiktiraf sumbangan wanita berdasarkan merit dan pencapaian mereka,” katanya ketika berucap merasmikan Program Bootcamp Sabah Women of Tomorrow 2022 (SWOT-22) – di Magellan Sutera, di sini, Isnin.
Advertisement





