RANAU: Kerosakan berulang jalan di Kg Takurik, di sini, menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir lima jam bermula jam 1 tengah hari hingga 6.30 petang, dari dan ke pekan Ranau, baru-baru ini menyebabkan ribuan pemandu terbabit mengalami kesukaran.Pengerusi Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Kundasang, Japiril Suhaimin berkata, hanya kerosakan kecil (seperti dalam gambar) boleh menyebabkan kesesakan sejauh 15km hingga 18km dari Kg Nalapak ke Pekan Ranau, dan dari Kundasang ke Pekan Ranau.
“Ada yang bertolak pada pukul 3.30 petang dari Kampung Kinasaraban Kundasang tetapi hanya tiba di Petronas Kilimu Ranau pada pukul 6 petang. Jarak perjalanan hanya 18km.
Advertisement





