Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Program Homeward libatkan komuniti urus, jaga warga emas
Published on: Wednesday, September 14, 2022
Published on: Wed, Sep 14, 2022
Text Size:
Text:
Program Homeward libatkan komuniti urus, jaga warga emas
Juliah (kanan) melawat kaunter pameran anti dadah selepas merasmikan penutupan program itu.
Tuaran: Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) memperkenalkan Program ‘Homeward’ bagi memastikan penyertaan komuniti dalam penjagaan kebajikan ahli keluarga masing-masing terutama golongan warga emas, kata isteri Ketua Menteri, Datin Seri Hajah Juliah Salag.

Katanya, Program Homeward turut membekalkan peralatan untuk kegunaan pesakit terlantar di rumah mengikut keperluan seperti ‘High Low Bed’, ‘Ripple Mattress’, Kerusi Roda dan ‘Oxygen Concentrater’.

Advertisement
Selain itu katanya, lawatan berkala oleh Jururawat, Jurupulih Anggota, Jurupulih Cara Kerja dan Pegawai Kebajikan Daerah juga akan dilakukan untuk memantau dan membantu pesakit mengikut keperluan.

“Program Homeward merupakan satu bantuan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh JPKA, berteraskan perkhidmatan komuniti agar masyarakat terlibat secara langsung dalam pengurusan dan penjagaan warga emas terutama bagi yang sakit dan memerlukan perhatian khusus”.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Program ini dapat memupuk rasa tanggungjawab, melahirkan perasaan kasih sayang dan ikatan kekeluargaan yang kuat sesama ahli keluarga”, katanya ketika merasmikan penutupan Program Kempen Sayangi Keluarga dan Program TABAH Daerah Tuaran di Dewan Seri Sulaman, pada Selasa.

Program TABAH iaitu “Tegas, Amanah, Berani, Adil dan Harmoni” dan Program Kempen Sayangi Keluarga adalah anjuran bersama Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Biro Hal Ehwal Wanita Pemadam Negeri Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah Tuaran.

Advertisement
Juliah berkata, pembangunan pesat negara kita telah memberi kesan langsung terhadap peningkatan tahap kesejahteraan rakyat sehingga tanpa kita sedari masih terdapat segelintir golongan warga emas yang terabai, hidup sebagai gelandangan, tinggal bersendirian, daif, terlantar di hospital tanpa waris dan mengidap penyakit kronik tanpa penjagaan yang sempurna.

“Kita yang peka dan prihatin berpendapat bahawa warga tua atau ibu bapa yang uzur, jika tidak mendapat penjagaan oleh ahli keluarga, akan menjadi isu besar masyarakat. Justeru demi membalas pengorbanan ibu bapa, tanggungjawab ahli keluarga terutama anak-anak adalah kewajipan dan komitmen sepanjang hayat,” tegasnya.

Advertisement
Menurutnya, berdasarkan rekod banci penduduk Malaysia pada tahun 2020, jumlah penduduk negara ini yang berusia 60 tahun ke atas adalah sebanyak 3.4 juta atau 10.4 peratus daripada keseluruhan penduduk. Angka itu akan mencecah 15 peratus dalam tempoh 15 tahun akan datang.

Menyentuh masalah penagihan dadah di kalangan masyarakat, beliau berkata ia telah menular dengan pelbagai kecanggihan dan golongan penagih dadah bukan sahaja dari kalangan anak muda malah golongan ’senja’.

Juliah berkata, berdasarkan laporan media massa, banyak kes jenayah ringan dan berat yang berlaku dikaitkan dengan kegiatan penagih dadah.

“Kesan dan pengarah najis dadah telah mengakibatkan beberapa insiden yang menyayat hati. Mangsa dilaporkan hilang pertimbangan sebagai makhluk yang berakal, sehingga sanggup membunuh ahli keluarga, anak membunuh ibu, bapa membunuh anak dan lain-lain”.

“Dalam zaman yang semakin canggih ini, kaedah untuk mendapatkan bekalan dadah juga amat mudah seperti melalui SMS atau perkhidmatan kurior. Selain itu, para pengedar dadah juga mengambil kesempatan menggunakan ”keldai dadah” untuk mengaut keuntungan, termasuk memperalat wanita dalam operasi pengedaran dadah”, tambahnya.

Menyentuh Program Kempen Sayangi Keluarga dan Program Tabah, Juliah berkata program dua dalam satu itu khusus untuk memberi kesedaran kepada komuniti setempat tentang bahaya penyalahgunaan najis dadah dan pendidikan teknik dan kemahiran penjagaan warga emas.

“Saya percaya ilmu pengetahuan yang diperolehi dapat memberi kesedaran kepada para peserta dan apa yang dipelajari dapat dikongsikan bersama kaum keluarga dan jiran tetangga yang tidak berpeluang menghadiri program ini”, tegasnya.

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag melawat kaunter pameran anti dadah selepas merasmikan penutupan Program TABAH (Tegas, Amanah, Berani, Adil dan Harmoni) dan Program Kempen Sayangi Keluarga di Dewan Seri Sulaman Tuaran, hari ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here