Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Peranan IPT dalam mewujudkan usahawan tani
Published on: Thursday, September 15, 2022
Published on: Thu, Sep 15, 2022
Text Size:
Text:
Peranan IPT dalam mewujudkan usahawan tani
HAJIJI meneliti pokok cili yang ditanam melalui program itu.
INSTITUSI pengajian tinggi memainkan peranan penting dalam memastikan pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) mencapai matlamatnya, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau menyebut projek Ferti-Chillipreneur Komuniti Lestari (FCPKL) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, kampus Tawau sebagai contoh yang boleh membantu merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri untuk membangunkan negeri dan rakyatnya melalui pertanian, salah satu daripada tiga teras utama SMJ.
Advertisement
Berucap pada majlis penyampaian surat tawaran kepada peserta FCPKL di kampus UiTM Sabah Tawau di Tawau pada 6 Sept, Hajiji berkata komitmen UiTM untuk menyumbang kepada masyarakat melalui pemindahan ilmu dan perkongsian teknologi pintar khususnya kepada golongan B40 seharusnya dipuji.

“Penglibatan pelajar secara langsung sebagai jurulatih boleh menyemai minda pertanian moden melalui transformasi pertanian ke arah lebih berteknologi tinggi, dinamik dan daya saing global.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ini bertepatan dengan matlamat utama projek itu iaitu menggunakan teknologi pintar dalam penanaman cili secara fertigasi. Projek ini memberi penekanan sepenuhnya kepada agenda pertanian moden dengan memanfaatkan pangkalan data, teknologi pertanian pintar dan Internet Perkara (IPB),” katanya.

Modal insan progresif dan berkualiti merupakan salah satu faktor yang menyokong transformasi dan pemodenan industri pertanian yang seterusnya membantu meningkatkan produktiviti, pemprosesan dan pemasaran yang lebih sistematik, di samping memastikan bekalan makanan domestik yang mencukupi dan untuk eksport, tambah Ketua Menteri.
Advertisement
Beliau berkata, Kerajaan Sabah berharap projek itu akan mewujudkan limpahan ekonomi, selain peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan kawasan berhampiran. Program dua tahun itu melibatkan 120 peserta, khususnya ibu atau bapa tunggal, pesara tentera, orang berkeperluan khas dan siswazah menganggur, mengusahakan tanah seluas 100 ekar.

Hajiji turut memuji kumpulan penyelidik UiTM Sabah - Lestari (Leading Edge Technology Applications for Robust Impact) kerana memulakan projek RM7.5 juta yang diperoleh melalui Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB). UiTM Sabah juga telah menandatangani Memorandum Perjanjian dengan Teraju (Unit Peneraju Agenda Bumiputera) untuk kerjasama strategik.

Advertisement
Ketua Menteri berkata, Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah - Barisan Nasional (GRS-BN) komited dengan agenda pembangunan untuk rakyat dan negeri, khususnya melalui pertanian, setelah memperuntukkan RM561.81 juta dalam Bajet 2022 untuk sektor itu.

Menurut Hajiji, beberapa kejayaan telah pun dicapai dalam mempertingkatkan sektor pertanian negeri, antaranya projek penanaman kelapa berpenghasilan tinggi seluas 2,000 hektar yang dilancarkan di Paitan, Beluran pada Mac tahun ini.

Sebaik beroperasi sepenuhnya, projek kelapa berpenghasilan tinggi, pelaburan berimpak tinggi di bawah rancangan SMJ, dijangka menjana RM1.2 bilion setiap tahun dan menyediakan 4,000 pekerjaan untuk penduduk tempatan.

“Pemerkasaan agenda Bumiputera dan Keluarga Malaysia adalah antara matlamat utama Rancangan Malaysia Ke-12 selama lima tahun yang menyasarkan 15 peratus sumbangan daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana Bumiputera kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2025.

“Sebanyak RM11.4 bilion telah diperuntukkan pada 2022 untuk memastikan agenda pemerkasaan Bumiputera diberi keutamaan bagi merapatkan jurang antara kaum di Malaysia,” katanya.

Daripada jumlah itu, beliau berkata RM4.8 bilion diperuntukkan untuk pelaksanaan program pembinaan kapasiti dan pembiayaan perniagaan. Objektif ini adalah selaras dengan pelan keempat dan kelima SMJ 1.0 untuk meningkatkan ekonomi rakyat dan membina modal insan, khususnya masyarakat setempat, di Sabah. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, Naib Canselor UiTM Prof Datuk Ts Dr Hajah Roziah Mohd Janor, Ketua Pegawai Eksekutif Teraju Datuk Md Silmi Abdul Rahman, Pembantu Menteri Kewangan Datuk Nizam Titingan, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Andi Muhammad Suryady Bandy dan Adun Balung Hamild @ Hamid Awang.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here