Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Keluarga jual ganja di Tawau tumpas
Published on: Friday, September 16, 2022
Published on: Fri, Sep 16, 2022
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Keluarga jual ganja di Tawau tumpas
Jasmin (tengah) dan pegawainya bersama beberapa bungkusan berisi ganja yang dirampas dalam serbuan itu.
TAWAU: Polis menahan dua beradik lelaki disyaki penjual dan dua lagi ahli keluarga wanita serta merampas 27kg ganja dalam serbuan di tangga sebuah bangunan di Batu 10 Jalan Apas, di sini, sekitar jam 5 petang, Isnin lalu.

Rampasan ganja yang disembunyikan dalam 29 bungkusan dianggarkan bernilai RM90,000 adalah yang terbesar direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tawau tahun ini.

Advertisement
Ketua Polis Daerah ACP Jasmin Hussin berkata, rampasan dan tangkapan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Jenayah Narkotik IPD Tawau dan IPK Sabah.

“Pasukan kami berjaya menahan dua suspek lelaki yang sedang mengangkat tiga kotak dari sebuah kenderaan di kawasan parkir bangunan itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dua lagi suspek wanita turut ditahan di dalam kenderaan itu, seorang di tempat duduk pemandu dan seorang lagi di tempat duduk penumpang hadapan,” katanya, Khamis. Menurutnya, pemeriksaan terhadap tiga kotak yang diangkat dua suspek lelaki itu mendapati terdapat 29 bungkusan setiap satu mengandungi ketulan mampat disyaki dadah jenis kanabis seberat 27,315.60gm.

Siasatan awal mendapati dadah itu dibawa masuk ke negara ini dari negara jiran untuk pasaran pantai timur Sabah dan kawasan sempadan dan dianggarkan membekalkan sekitar 20,000 orang.

Advertisement
Jasmin berkata, keempat-empat suspek berusia antara 20 dan 43 tahun itu mempunyai kaitan antara satu sama lain. Tiga warga asing itu adalah adik beradik dan seorang warga tempatan adalah sepupu mereka.

Siasatan awal juga mendapati ia merupakan sindiket baharu dan berjaya dilumpuhkan dengan penahanan keempat-empat suspek.

Advertisement
Kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian air kencing mereka negatif penyalahgunaan dadah.

 Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here