Kota Kinabalu: Atlet lompat tinggi Farrel Glenn Felix Jurus meraih pingat emas pertama Sabah pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di Stadium Bukit Jalil, pada pagi Khamis.Atlet berusia 21 tahun itu menewaskan rakan senegeri yang juga pemenang pingat gangsa Sukan SEA, Eizlan Dahalan untuk memenangi emas.
Ia adalah perlumbaan dua kuda di antara dua atlet Sabah itu, tetapi Eizlan yang mempunyai jadual yang padat dengan tiga kejohanan antarabangsa sejak awal tahun ini kelihatan letih di penghujungnya dan hanya berjaya melakukan lompatan 2.06m.
Advertisement





