Kota Kinabalu: Sistem pendidikan harus sentiasa dinamik dan progresif memandangkan perubahan masa begitu pantas pada masa kini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakub Khan.Beliau berkata, kanak-kanak hari ini bukan sahaja bersekolah untuk mendapatkan pendidikan, tetapi dibentuk secara holistik untuk menjadi pemimpin masa depan negara ini.





