Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Peniaga nafi cabul dua wanita
Published on: Friday, September 16, 2022
Published on: Fri, Sep 16, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Peniaga nafi cabul dua wanita
Azim bagi pertuduhan kedua didakwa melakukan kesalahan serupa terhadap seorang lagi wanita berusia 38 tahun pada pukul 9.16 pagi hari sama di hadapan sebuah pejabat di Unit 6, Tingkat Tujuh, Blok H, di bangunan sama.
Kota Kinabalu: Seorang peniaga berusia 20 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini, Khamis, atas dua pertuduhan mencabul dua wanita.

Muhd Azim Shah Shajahan mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun bagi kedua-dua pertuduhan.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, Azim didakwa mencabul seorang wanita berusia 25 tahun pada pukul 9.10 pagi 8 Sept di hadapan lif di Unit 6, Tingkat Tujuh, Blok H, di Pusat Komersial Aeropod.

Azim bagi pertuduhan kedua didakwa melakukan kesalahan serupa terhadap seorang lagi wanita berusia 38 tahun pada pukul 9.16 pagi hari sama di hadapan sebuah pejabat di Unit 6, Tingkat Tujuh, Blok H, di bangunan sama.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Setiap pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau dengan denda atau dengan sebatan atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Jessica menetapkan 18 dan 19 Okt untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan melepaskan Azim, yang diwakili peguam PJ Perira, dengan jaminan RM2,300 dan dua penjamin bagi setiap pertuduhan.

Advertisement
Dalam kes lain, dua beradik dijatuhi hukuman penjara 15 bulan kerana memiliki topi keledar curi bernilai RM100.

Mohd Rizam Ambran, 30, dan Mohd Rizal Ambran, 34, mengaku bersalah melakukan kesalahan itu pada pukul 11 pagi 12 Sept lepas di Kg Sembulan di sini.

Advertisement
Mereka didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Inspektor Albert Basiri, yang melakukan pendakwaan, memohon hukuman berbentuk pencegahan atas sebab kedua-dua tertuduh mempunyai satu rekod sabitan untuk kesalahan serupa.

Dalam kes lain, seorang lelaki berusia 23 tahun dipenjara enam bulan kerana cuba mencuri sebuah motosikal.

Among Ajimudin mengaku cuba mencuri motosikal milik Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu pada pukul 5.10 pagi 9 Sept lepas di Blok A, Fakulti Perubatan UMS dekat sini.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 379A/511 Kanun Keseksaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here