Kota Kinabalu: Pemegang rekod acara lompat kijang kebangsaan Andre Anura @ Anuar mengucapkan selamat tinggal kepada Sukan Malaysia (Sukma) dengan dua pingat emas.Dia memenangi emas kedua dalam acara kegemarannya lompat kijang pada Sabtu dengan jarak 16.43m, jauh mengatasi pemenang tempat kedua Izzul Hanif Raffi dari Selangor yang hanya berjaya mencatatkan 15.56m.





