PENAMPANG: Kerajaan GRS harus menyediakan sokongan kewangan dan dasar kepada program diterajui masyarakat yang membantu golongan memerlukan di bandar dan luar bandar, kata Adun Kapayan DAP Jannie Lasimbang.Menurutnya, unit penting di Sabah adalah masyarakat, dan jika semangat kerjasama dipupuk, ia boleh digunakan untuk membantu individu memerlukan.
Memandangkan sokongan tetap kerajaan tidak mencukupi, beliau mencadangkan agar pembiayaan diberikan kepada projek komuniti untuk membaiki rumah, menyelenggara kemudahan awam seperti longkang, dan sistem graviti air bersih.
Advertisement





