Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah akan lancar Sabah Malaysia My Second Home
Published on: Tuesday, September 20, 2022
Published on: Tue, Sep 20, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sabah akan lancar Sabah Malaysia My Second Home
Hajiji berkata setakat ini Sabah kekal konsisten dari segi menarik pelaburan asing. 
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan Sabah akan melancarkan program Sabah Malaysia My Second Home (SMM2H) tidak lama lagi.

Program itu akan menjadikan Sabah lebih menarik kepada warga asing yang berhasrat untuk berpindah dan tinggal di negeri ini.

Advertisement
Beliau berkata Kabinet negeri telah meluluskan program SMM2H untuk dilancarkan sebaik beberapa perincian terakhir diputuskan.

“Program Sabah tidak akan mengikut syarat yang ditetapkan oleh MM2H persekutuan. Dengan SMM2H kami sendiri, kami menyasarkan untuk menjadikan Sabah lebih menarik kepada warga asing yang berhasrat untuk berpindah dan tinggal di Sabah.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kami berharap untuk melihat warga asing dan bakat bernilai tinggi berpindah ke Sabah dan mewujudkan manfaat ekonomi,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Hajiji berkata setakat ini Sabah kekal konsisten dari segi menarik pelaburan asing.
Advertisement
“Ini susulan negeri ini telah mengambil peluang daripada pelbagai sektor di seluruh negeri. Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) telah menyenaraikan Sabah sebagai memperoleh RM9.9 bilion pelaburan asing mulai Januari hingga September 2022, sekali gus meletakkan Sabah pada ranking ketiga tertinggi dalam negara.

“Sabah akan meningkatkan lagi momentum ini dan kami yakin Sabah sedang dan akan terus menjadi destinasi tarikan untuk pelaburan. Kami berusaha untuk menjadi mesra pelabur dan kerajaan negeri akan memudahkan semua halangan untuk melancarkan pelaburan,” katanya.

Advertisement
Ketua Menteri itu juga memuji Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (Shareda) kerana berjaya mengumpulkan pemaju yang berkongsi kepakaran dan sumber mereka untuk membentuk dan mengembangkan industri tersebut dan ekonomi. “Saya mahu memuji Shareda dan ahlinya kerana peranan yang anda mainkan sebagai rakan yang menyokong, berkongsi pandangan dan input untuk membentuk dasar kerajaan dan pembangunan hartanah dan perumahan.

“Anda telah menjadi barisan hadapan pembinaan negara bangsa menerusi kerja yang anda lakukan. Anda adalah aset penting negara dan saya mahu melihat Shareda meningkatkan lagi usaha untuk menjadi lebih baik,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here