Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Indonesia juara Kejohanan Pesta Bola Merdeka Piala Sabah Maju Jaya
Published on: Tuesday, September 20, 2022
Published on: Tue, Sep 20, 2022
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Indonesia juara Kejohanan Pesta Bola Merdeka Piala Sabah Maju Jaya
HAJIJI (kanan) bersama Juil (kedua dari kanan) bersama pemain-pemain Indonesia dan pegawai selepas majlis penutupan.
Kota Kinabalu: Pasukan Indonesia menewaskan pasukan Sabah 5-0 di final Kejohanan Pesta Bola Merdeka Piala SMJ yang diadakan buat julung kalinya di Stadium Likas pada malam Ahad lalu.

Mereka membawa pulang hadiah tunai RM120,000 sementara finalis yang tewas, dengan pengerusi penganjur Datuk Peter Anthony berada dalam pasukan, menerima RM70,000 dan tempat ketiga dengan hadiah tunai RM50,000 ialah pasukan Sabah SMJ.

Advertisement
Sarawak menduduki tempat keempat menerima RM30,000, sementara tempat kelima hingga kelapan ialah Selangor (RM24,000), Johor (RM24,000), Singapura (RM21,000) dan Brunei (RM20,000).

Anugerah pasukan terbaik dimenangi oleh Sabah dan Indonesia menyapu bersih anugerah individu dengan Mohd Sofeyan dinamakan sebagai penjaga gol terbaik, Edu Juanda sebagai penjaring terbanyak dan pemain terbaik di final ialah Michael Albert Watori.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, timbalan pengerusi penganjur Datuk Juil Nuatim gembira melihat kejohanan itu berjaya menyatukan semula bekas pemain negeri dan kebangsaan.

“Walaupun ini satu pertandingan, tetapi perkara paling penting adalah mengukuhkan persahabatan di antara semua pemain.

Advertisement
“Ada pemain yang sudah lama tidak bertemu dan kejohanan ini boleh dianggap berjaya memberikan peluang untuk mereka bertemu semula.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor atas sokongan yang diberikan kepada kejohanan ini dan kehadirannya untuk merasmikan majlis penutupan.

Advertisement
“Tahniah kepada semua pasukan dan diharapkan kejohanan ini akan kembali semula tahun depan,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here