Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Buat kajian masa terbaik adakan PRU15: Shahidan
Published on: Tuesday, September 20, 2022
Published on: Tue, Sep 20, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Buat kajian masa terbaik adakan PRU15: Shahidan
Shahidan menegaskan anggota Umno pada semua peringkat mestilah memberi maklum balas terhadap elemen negatif dalam pelbagai platform media sosial yang boleh menjejaskan kekuatan parti itu.
LABUAN: Suatu kajian perlu dilakukan bagi mengenal pasti masa sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Ketua Umno Bahagian Arau Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata kejadian banjir yang dijangka berlaku hujung tahun ini mungkin memberi impak kepada kehadiran pengundi jika PRU diadakan.

Advertisement
“Terdapat keperluan untuk satu kajian mendalam sama ada patut diadakan pilihan raya tahun ini atau tahun depan.

“Jika Parlimen dibubarkan dan banjir melanda beberapa negeri, pastinya kita memerlukan caretaker atau kerajaan sementara untuk menangani isu berkaitan banjir, justeru terdapat kebaikan dan keburukan dalam mengadakan pilihan raya tahun ini dan tahun depan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan watikah pelantikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Labuan (LC) yang baharu di Menara Perbadanan Labuan di sini pada Isnin.

Selain itu, Shahidan berkata enam daripada tujuh kerusi di Wilayah Persekutuan yang dimenangi Umno masih boleh dipertahankan parti itu pada pilihan raya tersebut.

Advertisement
Beliau menegaskan anggota Umno pada semua peringkat mestilah memberi maklum balas terhadap elemen negatif dalam pelbagai platform media sosial yang boleh menjejaskan kekuatan parti itu.

“… satu pasukan khas, yang diberi tugas untuk menjawab dan memberi maklum balas kepada fitnah yang dilemparkan terhadap Umno, telah menjalankan peranan mereka,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here