Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
RM20j untuk pendigitalan usahawan luar bandar
Published on: Wednesday, September 21, 2022
Published on: Wed, Sep 21, 2022
Text Size:
Text:
RM20j untuk pendigitalan usahawan luar bandar
KPLB menerusi inisiatif yang telah diperkenalkan iaitu Desamall@KPLB diyakini mampu untuk membantu usahawan luar bandar memasarkan produk mereka secara dalam talian melalui platform e-Dagang dan aplikasi digital.
Kota Kinabalu: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan sebanyak RM20 juta dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) bagi mempergiatkan program e-dagang dan pendigitalan kepada usahawan luar bandar di bawah bimbingannya.

Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun berkata, menerusi peruntukan tersebut, KPLB akan memastikan sasaran RMK-12 yang ditetapkan sebelum ini mampu dicapai menerusi usaha berterusan dan secara kolektif melibatkan agensi-agensi KPLB.  
Advertisement
”KPLB menerusi inisiatif yang telah diperkenalkan iaitu Desamall@KPLB diyakini mampu untuk membantu usahawan luar bandar memasarkan produk mereka secara dalam talian melalui platform e-Dagang dan aplikasi digital.

Ramlan berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Pendigitalan Usahawan (PPU) Siri 3 Tahun 2022 Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Kota Kinabalu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Turut hadir, Pengarah KPLB Sabah, Johar Julasbi dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat E-Lokal Sdn. Bhd, Ahmad Shah Wahid. Beliau menambah pelbagai usaha telah digerakkan dengan kolaborasi agensi di bawah KPLB bagi melatih dan membangunkan persekitaran keusahawanan luar bandar yang sebelum ini bergantung secara  konvensional kepada platform digital bagi meningkatkan akses pasaran.
Advertisement
”Kita tahu terdapat cabaran dan halangan bagi produk luar bandar menembusi pasaran secara dalam talian. “Bagaimanapun  menerusi  platform Desamall@KPLB, kita bantu luaskan pasaran produk serta perkhidmatan ke pelbagai platform e-dagang selain menambah baik mutu dan kualiti produk dari segi pembungkusan, maklumat produk, foto serta video pendek yang berkualiti dan menarik untuk kesediaan usahawan berniaga dalam talian.
Advertisement
“KPLB juga menyasarkan sebanyak 5,000 produk dipasarkan di platform e-dagang melibatkan 5,000 usahawan luar bandar di seluruh negara,” katanya.

Beliau menambah, sejak Desamall@KPLB diperkenalkan pada 2017, jualan terkumpul adalah sebanyak RM4.49 juta dengan jumlah produk terkini sebanyak 3,886 unit manakala bilangan usahawan melebihi 3,000 orang. “Berdasarkan perancangan untuk usahawan luar bandar, KPLB optimis kita mampu mencapai sasaran yang ditetapkan menjelang penghujung RMK-12.” Mengenai Program Pendigitalan Usahawan (PPU), Ramlan berkata program itu dirangka khusus untuk mempersiapkan usahawan untuk beralih kepada pendigitalan selaras dengan Revolusi Industri 4.0. Beliau menjelaskan, rakan-rakan strategik yang terdiri daripada pihak bank, penyedia perkhidmatan pembayaran dalam talian serta aplikasi pemasaran dalam talian turut menawarkan khidmat bagi memudahcara proses peralihan perniagaan secara dalam talian. ”PPU Siri 3 ini adalah siri terakhir pada tahun 2022. Pada tahun hadapan, kita akan merancang lebih banyak siri PPU di seluruh negara bergantung kepada kelulusan peruntukan yang akan diputuskan oleh EPU menerusi Rolling Plan (RP) 3 Tahun 2023. Setakat ini,  seramai 700  usahawan luar bandar telah mengikuti PPU yang dianjurkan pada tahun ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here