Kota Kinabalu: Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada Rabu menandatangani Memorandum Persefahaman (Lanjutan) dalam mempromosikan aktiviti penyelidikan, pembangunan, biodiversiti dan latihan di kawasan pemuliharaan di bawah bidang kuasa KYS.Majlis memeterai perjanjian itu berlangsung di Bilik Multivision, Menara Tun Mustapha, di sini.
Mewakili KYS ialah Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB), Dato’ Sri Haji Gulamhaidar Khan Bahadar dengan disaksikan Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Hanafiah Diman manakala UiTM diwakili oleh Rektornya, Datuk Profesor Bersekutu Dr Haji Abdul Kadir Haji Rosline dan disaksikan Timbalan Rektor Penyelidikan, Industri, Komuniti dan Jaringan Alumninya, Dr Sharifah Nurafizah Syed Annuar.
Advertisement





