KIMANIS: Kerajaan telah meluluskan projek menaik taraf jalan di beberapa kampung di Kimanis dan Membakut, kata Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin.“Pelaksanaan kerja naik taraf jajaran jalan sejauh 21km ini akan bermula dari KM18 Kampung Ulu Kimanis,“ katanya pada Selasa.
Mohamad, yang juga Ahli Parlimen Kimanis, berkata ia juga membabitkan jalan ke Kampung Tamalang, Membakut, dengan pembinaan tujuh jambatan baharu.
Advertisement





